Pecutian Ke Pulau Perhentian, Terengganu. Bijak Belanja ke tidak!! Apa komen anda.
Assalammualaikum, hai semua..
Terima kasih sudi membaca dan follow blogger saya. Harap-harap perkongsian ini berguna kepada anda nanti. Maaf ye jika agak sedikit panjang kerana Khai nak share betul-betul kat korang apa yang kai buat untuk sampai ke destinasi cinta..ceh!! ke Pulau Perhentian.
Pada 16/9/2019 yang lalu kai dan 2 orang lagi (adik&kawan) berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian ini. Alhamdulillah rasa best sangat ini pertama kali kita org ala-ala survival back packer konon dgn beraninya tidak menggunakan hikmat agen. Tapi ok je kalau korang nak lg senang guna travel agent tapi bagi kai... every penny that cause you is valuable! ceh..
Matlamat kai adalah nak share percutian budjet tapi mewah. :)
Harap2 u guys suka dan jika ada pertanyaan sila komen di bawah ya. ❤️
Akhirnya.. Sampai juga ke Pulau Perhentian |
NAIK BUS ATAU KENDERAAN SENDIRI?
Beli Tiket Bus/ 1 Kesilapan???
Bagi kai la, ok je kalau korang nak naik bus, dlm bas boleh tidur, tau2 je dah sampai. So badan segar dan tak letih masa nak jalan-jalan nanti. At first kai fikir macam tu juga sebab perjalanan dari Melaka ke Terengganu agak panjang 8-10jam (kalau x silap), tetapi bila memikirkan yang kami kena naik bus lompat dan timing agak sukar nak budjet so i decide drive je lah.
My tiket bus.. yeah!!! |
So.. my first mistake!! tiket bus burn LOL :)
kenapa burn... sebab kai tukar plan untuk drive saja.
Lokasi kami turun nanti di Kota Bahru??? What???
Mulanya kai dah study, dah survey2 yg kita perlu ke turun ke Stesen Bus Kuala Besut. Tetapi mungkin lah kai ni x update@kuno atau mesin tu yg x betul?? dengan sistem tiket computer di Melaka Sentral tu agak mengelirukan, hanya terdapat 2 option sahaja iaitu ke Stesen Bus Kota Bahru, Kelantan atau ke Stesen Bus Terengganu.
Kerana keliru kai bertanya lah pada staf disana di kaunter pertanyaan, mereka bagitau perlu ambil tiket ke Kota Bahru dan kami perlu maklum pada Pemandu nanti untuk turunkan kami di stesen bus sebelumnya iaitu di Stesen Bus Jertih.
Dari Jertih nanti kami kena cari bas keesokan paginya atau cari grab je terus ke Jeti. OK burn tiket kai RM56... tapi it ok, dah terbeli so biar sahaja lah, mugkin ada hikmahnya.
Drive Kereta Ke Jeti Kuala Besut
Dengan semangatnya, kami mulakan perjalanan dari Alor Gajah Melaka dengan menaiki kereta sahaja. dalam hati ini risau juga tetapi kai anak jantan kena berani hihihi....
Untuk korang yg dari arah Melaka, Johor dan sebagainya sila rujuk di bawah ya: :)
Laluan drive dari Alor Gajah Melaka ke Jeti Kuala Besut, Terengganu:
Alor Gajah ⟶ Gemenceh ⟶ Palong ⟶ Keratong ⟶ Kuantan ⟶ Muadzam ⟶ Pekan ⟶ Gambang ⟶ (Plaza tol Pantai Timur) LPT ⟶ Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu ⟶ Setiu ⟶ Jeti Kuala Besut.
Nak mudah ikut sahaja GPS.
What!!! 6 jam 43 minit sahaja kalau drive.. hehe rasa tertipu pula sebab hampir 10jam baru sampai.
waktu kai gerak 5.00ptg, sampai dalam pukul 3.15pagi
Nasihat untuk korang yg nak drive tu:
1. Kenderaan kai MYVI jer.
- Pastikan servis, enjin dan keadaan tayar baik.
- Betul-betul jimat minyak, tak sangka. Untuk minyak dalam RM35, Balik isi lagi Rm35 itupun masih ada banyak Bar-bar minyak, sangat jimat.
- Sepanjang perjalanan kami bergilir-gilir tukar pemanduan untuk berehat supaya tidak penat.
2. Point dari Gemenceh ⟶ Gambang
- Kita akan melalui jalan-jalan kampung kebanyakakan hutan, so memang kurang lampu jalan kadang-kadang tiada ya. Sila berhati-hati. Memandu tu tu rilek-rilek sudah jangan laju sangat takut ada binatang melintas bahaya ye.
3. Point Berehat dicadangkan di Muadzam
- Sebabnya di sini meriah dan gerai-gerai pelbagai, sedap pula tu makannya. boleh la korang rest sebentar, toilet ker apa ker..
4. Point Muadzam ⟶ LPT (Lebuhraya Pantai Timur)
- Selepas rehat, korang mulakan drive dari lokasi poin Muadzam ni hinggalah ke LPT, mmm... kai tidak berapa suka keadaan jalan agak teruk, sepanjang jalan ada projek membaiki jalan so line agak kecil, korang kena slow2 lah ye. berhati-hati. Alhanmdulillah semua ok sebab niat kita baik kan. :)
5. Lebuhraya LPT
- Masuk saja lebuh raya ni, korang dah boleh rasa lega.. sebab strait je nanti terus ke kuala Terengganu. yang bagusnya sepanjang jalan nanti ini hanyalah ada satu lebuh raya yg akan korang lalui. best kan.
- LPT ni berbeza dgn lebuh raya Utara-Selatan, kurang kenderaan, so jalan agak sunyi, tapi korang jangan lah lebih limit speed tu bahaya ok.
- Kos LPT; RM26.40 x 2 (pergi /balik=Rm52.80)
Akhirnya kami tiba di jeti Kual Terenganu jam 3.15pagi, sempat lah tidur rehat dahulu dalam kereta, Pukul 6.30pagi kami bangun, solat subuh dan siap-siap nak ke jeti.
SARAPAN DULU:
Masih hensem ye..walaupun letih drive.haha |
Kueh Peria. Maaf kai x pernah jumpa tapi sedap rasa macam kacang2 |
INFO:
- Pulau Perhentian ini terletak di Negeri Terengganu.
- Merupakan top 3 pilihan tumpuan pelancong di negeri Pahang/Terenganu selain dari Pulau Redang dan Pulau Tioman.
- Merupakan destinasi pilihan kepada korang yang nak rilek2 santai.. bayangkan udaranya yang segar, pantai yang memutih, air laut yang super jernih, coral dan ikan yang banyak dan jinak-jinak.. Sesuai untuk kaki Divers dan Snorkeling.. Wajib tau. memang cantik dan besarnya ciptaan illahi :)
- Percutian ke Pulau Perhentian ini sangat sesuai untuk seisi keluarga, rakan-rakan ataupun Honeymoon. Pasti akan meninggalkan suasana manis.
- Pulau Perhentian ni ada 2, Pulau Perhentian Kecil & Perhentian Besar. Khai memilih untuk stay di resort perhentian kecil je.
- Untuk ke Pulau Perhentian, kita akan naik bot dari Jeti Kuala Besut.
MASA SESUAI UNTUK KE PULAU PERHENTIAN:
- Take Note ya!! Kebanyakkan resort di Pulau Perhentian akan ditutup pada awal Oktober sehingga Februari kerana pada waktu ini, di Pantai Timur akan dilanda musin tengkujuh/monsun dan laut agak bergelora, Bahaya!! Atas alasan ini mungkin sebabnya mereka tutup sementara. Bayangkan ombak dan angin kuat, macam mana korang nak snorkeling, bahaya kan. Perkhidmatan bot dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian juga diberhentikan sementara ya.
- Ada sesetengah chalet/resort ditutp sehingga Mac. (Cuti panjang balik kampung weiii)
- Sesetengah resort bulan September harga bilik dah mula turun.
- Kena ingat, bab cuaca ni kita sukar nak jangka, ada kala musim monsun ni awal adalaka lewat sikit, so tawakal lah ye.
PENGALAMAN AKU KE PULAU PERHENTIAN:
- Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki di Pulau Perhentian pada 16/9 -18/9/2019 yang lalu.
- Kawasan Parking selamat di belakang Hotel Samudera. Park kereta di sini kalau uguys bernasib baik dapatlah parking bawah bumbung. Harga yang ditawarkan juga berpatutan RM10/day. Dari kawasan parking ke Jeti tidak berapa jauh boleh jalan kaki sahaja.
Pekan kecil Kuala Besut |
Laluan menuju ke jeti boleh la fotoshoot |
Baba Khai memulakan perjalanan. hehe |
8.15am: Kami Tiba di Pintu Utama Keti Kuala Besut ❤️ |
Terus masuk lah x sabaq dah ni ❤️ |
Cenderamata boleh dibeli sepanjang laluan ke Jeti ini, masa balik nanti kita borong ye. |
- Bayaran wajib RM5.00 seorang untuk tiket masuk ke pulau bagi program pemuliharaan & kebersihan pulau. SOKONG!!
RM5/ person for Marine Park Conservation fee |
- Untuk Tiket bot kami dah beli awal-awal untuk pergi dan balik. Boleh dapatkan di kaunter jeti. Untuk kami bertiga dalam RM35 sahaja. Tiket Balik pun sama RM35.
8.25am: Mula menaiki bot ke Pulau. Muka cuak sebenarnya ❤️ |
9.10am: Kami Tiba di Pulau Perhentian Kecil ❤️ Dia punya semangat tu lain macam tau.hehe |
- Banyak je pilihan utk korang decide mana nak pilih. semuanya mengikut budjet korang ya.
- Kalau nak back pack dan jimat korang boleh sewa khemah je Harga dlm RM50 semalam. Untuk detail korang boleh clik link ini satu perkongsian hebat dari sahabt blogger kita: http://life-of-a-traveller.blogspot.com/2017/07/awatif-campsite-long-beach-perhentian.html
- Klik link utk survey resort berhampiran: Hotel Pilihan
- Khai dan yg lain dah booking awal di resort Shari-la.. Kami dapat rate harga murah semalaman di situ dlm RM149/malam.
- Bilik selesa ada aircond, Juga disediakan makan sepanjang hari disebabkan kami ni jenis malas nak jalan-jalan cari makan. malangnya tiada kemudahan WIFI di bilik dan keadaan bilik hanya selesa.. x apalah yg penting mood snorkeling membara haha
Hadapan resort 3 jejaka huhu |
Lunch kami ala-al bufey, uolss makan lah berapa banyak pun yg penting jgn membazir ok. |
- BAWA AIR MINERAL SENDIRI (kat pulau mahal harganya...bolehlaa)
- Line Celcom je dapat. yang lain haremmm... so korang akan mati kutu kalau x de internet. sedih kan. sesetengah resort ada WIFI kira nasib baik la.
- Sunblock jgn lupa dek non nanti gelap kulit awok tu..
Jalan masuk ke Resort |
View depan bilik kami |
Depan resort je.. cantik kan |
BERSAMBUNG
terbaik... tq atas perkongsian.
ReplyDeletetq eti sudi singgah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete