Laman Minimalis impian, budjet dan tersendiri 2021

"Laman Minimalis idaman ku"

hi semua & salam sejahtera....

Memiliki sebuah laman yang indah dan mendamaikan, sudah pasti menjadi impian bagi sesetengah orang. Ruang rumah yang kecil, sempit dan tiada tanah (agak terhad) kadang kala menjadi faktor penghalang bagi sesetengah orang, tetapi bak kata pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" ah gitew :)                    

Berpeluang memiliki rumah sediri pada tahun 2016 merupakan pengalaman indah buat saya. Walaupun pada awalnya, proses membeli mengalami sedikit masalah, tetapi alhamdulillah dapat juga rezeki memiliki rumah sendiri walaupun keadaan rumah saya sedikit kecil dan ruang tanah yang kecil pun dah cukup bersyukur sangat. Insyaallah ada rezeki lain kita beli rumah lagi besar.. :)

Blog entry harini saya share di sini ye. "simpan sini sebagai kenangan" berkongsi apa yang berlaku dan harap sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada anda satu hari nanti. Agak kucar kacir blog entry ni sebab saya masih mula nak berjinat dalam blogger harap-haraplah membantu anda diluar sana.

Peminat Pokok-Pokok Hiasan Hijau berdaun, cactus dan bunga (bolehla):

Memang sejak dulu, saya memang memliliki minat yang mendalam tentang pokok-pokok hiasan, ada yang dibiakkan dari kecil, ada yg dibeli dari kedai Nursery berhampiran dan yang paling lucu, petik di tepi jalan..hehe. Bab minta dari rumah jiran tu ada jugak, walaupun malu tetapi mahu hahaha...

Kadang tu pantang ke Cameron highland mesti nak borong pokok-pokok, dan sampai rumah mati sebab tak reti jaga, ada yg hidup jadi kita bela la..


Gambar sebelum:

Sedikit ruang tanah di luar anggaran dalam 1mx1.3m, ada tanah sikit lagi area luar pagar.

Bersepah ye rumah orang bujang maaf ye.hehe

Pokok memang banyak, tidak tersusun dan ada sebahagian di letak belakang dan luar rumah.

Ampai baju dan tak guna, sebab dah beli dryer hehe.


*(Agak bersepah dan ntah apa-apalah kan depan rumah, banyak pokok tetapi tidak tersusun)

Jom Transform:

Konsep transformasi minima dan menggunakan apa yang ada sahaja, elak pembaziran!!

Ye, memerlukan sedikit modal kalau nak cantik, tetapi bagi saya semuanya bergantung kepada budjet anda sendiri dan bagi saya, cuba minimakan perbelanjaan dan menggunakan apa sahaja yang ada. Kita beli sikit-sikit la ye hehe.

Berapakah Kos Anggaran:

1. Pokok Hiasan: Menggunakan pokok sedia ada, mintak jiran sebelah, kutip tepi jalan dan sedikit tambahan beli di nurseri berhampiran. hehe....

    - Anggaran Rm160 hehe

susun atur pokok, kalau anda pandai teka la sendiri nama-nama pokok ni hehe..


1. Karpet rumput, (Beli di kedai D.I.Y

     - Saiz (3mx3m) x 2 = Rm132x2 = Rm264

     - Saiz (1mx1m) x = Rm45x1 = Rm45

Pokok kesidang ni pokok kegemaran. selalu sentiasa tumbuh panjang sampai perlu potong, kali ni dapat pula idea nak jadikan ala-ala pintu gerbang garden, wangi je selalu. Sudah 5 tahun ditanam masih lagi padu.



Sudut tepi.

3. Batu hiasan kecil, (Beli di kedai nursery)

     - Saiz sedang (3 beg) = Rm20x3 = Rm60

     - Saiz Kecil (3 beg) x = Rm20x3 = Rm60

4. Pasu-pasu tambahan & tanah (Beli di kedai nursery &DIY)

     - Anggaran Rm200+-

 5. Perabot outdoor sedia ada 

    - Meja mengopi ikea (Rm150) sedia ada

    - Meja makan 4 kerusi (rm350) sedia ada

6. Lain-lain (Lampu solar beli di DIY anggaran Rm70


kerusi makan ni dah lebih 8 tahun guna, masih lagi tahan


Tips kemasan Taman minimalis impian:
1. Perlu ada budjet, sangat subjektif. Make it simple as you can dan insyaallah akan menjadi paling menarik

2. Pemilihan kawasan/lokasi yang sesuai:
    - perlu fikirkan lokasi yang sesuai, saiz keluasan dan sebagainya supaya tidak lah nanti dah siap nak alih sana sini di kemudian hari. Terpaksa korbankan ruang kecil untuk park kereta & motor demi mencari kedamain di taman minimalis hehe.

3. Semangat dan keazaman:
    - kenalah semangat kalau nak buat sesuatu tu dan perlu buat dengan terbaik. 

4. Pelan dan susun atur yang sesuai dan terancang.


Anak pokok terung bulat

Pokok Tomato cherry

Kolam mini ikan Gapi

Pak guard taman ni hehe

tengah dating ke tu..

Boleh la, ada pokok kangkung dalam akuarium lama, kacang panjang, bayam brazil dan rozel

Menjadi pula pokok cili ni.hehe


di luar ada pokok salad



Gallery:
bolehla park sebuah je kereta.

baki pokok kita susun sudut tepi

Pokok gantung

Pokok gantung tak tau namanya dah banyak kali trim.baru nak bela balik

pokok cactus ambik tepi jalan dah besar, ada pokok bunga tumbuh tumpang, cantik pula

Bunga kesidang baru nak mekar lagi, wangi bak aiii

Separuh bawa luar untuk deco simple







bolehla ye..hehe



Terima kasih semua, jom komen di bawah..jumpa lagi




Comments

Popular Posts